SYDNEY: Jumlah korban hujan lebat dan banjir di Australia meningkat kepada 20 orang hari ini, selepas mayat seorang lelaki dan wanita ditemukan dalam banjir di Sydney.
Polis memaklumkan, kedua-dua mayat itu disyaki merupakan ibu dan anak yang dilaporkan hilang sebelum ini selepas kereta mereka ditinggalkan dalam terowong banjir.
Puluhan ribu penduduk Sydney diarahkan meninggalkan rumah mereka apabila sejumlah ribut mencetuskan banjir kilat di bandar tersebut.
Agensi kaji cuaca memberi amaran bahawa Sydney bakal berdepan tempoh 48 jam paling getir, sehubungan itu, kira-kira 60,000 penduduknya diarahkan berpindah ke kawasan selamat dengan segera.
Hujan lebat luar biasa yang melanda Australia menyaksikan banyak kawasan ditenggelami banjir, memusnahkan kediaman dan infrastruktur yang lain. – AFP











