Kapal Felicity Ace akhirnya karam

Kapal Felicity Ace akhirnya karam

FELICITY Ace karam kira-kira 402.3 kilometer (km) dari Kepulauan Azores di Portugal. - TENTERA LAUT PORTUGAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Sebuah kapal kargo yang membawa ribuan kereta mewah dan terbakar lebih seminggu lalu akhirnya dilaporkan karam di tengah lautan Atlantik.

Menurut tentera laut Portugal, Felicity Ace yang dalam perjalanan ke Amerika Syarikat (AS), karam kira-kira 402.3 kilometer (km) dari Kepulauan Azores di Portugal ketika ia ditunda. 

Lapor Daily Mail, Pengurus Felicity Ace memaklumkan kapal sepanjang 198.12 meter itu berada pada kedudukan sisi kanan sebelum karam.

Menurut Tentera Laut Portugal, kejadian itu berlaku di luar perairan negaranya.

Sebelum ini, sebuah helikopter milik Tentera Udara Portugal berjaya memindahkan 22 anak kapal ketika kebakaran berlaku sehingga menyebabkan kapal itu hanyut.

Bot tunda yang membawa peralatan pemadam api berusaha memadamkan kebakaran pada kapal tersebut, namun berdepan kesukaran susulan angin kencang dan laut bergelora.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan jumlah kereta mewah yang dibawa, namun kapal sebesar Felicity Ace boleh memuatkan sekurang-kurangnya 4,000 kenderaan. 

Pihak berkuasa Portugal mengesahkan kapal itu mengangkut kenderaan elektrik dan bukan elektrik serta mampu membawa muatan kargo melebihi 17,000 tan metrik.

Dilaporkan, Felicity Ace sering digunakan untuk mengangkut kereta mewah keluaran Volkswagen, Porsche, Audi dan Lamborghini.

Dalam pada itu, pihak berkuasa bimbang sekiranya kapal yang membawa 2,200 tan bahan api dan 2,200 tan minyak itu boleh mencemarkan laut selepas karam.

Sementara itu, pihak berkuasa Portugal memaklumkan beberapa tompokan minyak dikesan di lokasi kapal tersebut karam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN