Kanak-kanak kaut untung RM16.4 juta jual seni digital dalam NFT - Utusan Malaysia

Kanak-kanak kaut untung RM16.4 juta jual seni digital dalam NFT

BENYAMIN Ahmed belajar sistem kod daripada bapanya ketika hanya berusia lima tahun. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menjual hasil karya seni digital lebih tiga juta pound (RM16.45 juta) dalam platform perdagangan NFT yang menggunakan mata wang kripto.

Lapor Daily Mail, Benyamin Ahmed dari Pinner di Greater London, mula belajar sistem kod daripada bapanya ketika berusia lima tahun.

Benyamin mula meraih jualan pada tahun lalu apabila dia mengeluarkan koleksi NFT sendiri yang bertemakan ikan paus.     

Jualan pertama piksel ikan paus berwarna-warni itu habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja dan nilai jualan mencecah 110,000 pound (RM603,489).

Kekayaan itu, digabungkan dengan jualan lain, meningkat kepada 750,000 pound (RM4.1 juta) dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dilaporkan, pelajar sekolah itu tidak mempunyai akaun bank sendiri dan tidak pernah mengeluarkan wang tersebut.

Semuanya dikumpulkan dalam mata wang kripto yang dikenali sebagai Ethereum.

Beberapa pihak berpandangan mata wang kripto itu boleh menjadi tidak bernilai sebelum pelabur sempat menarik diri daripada pelaburan.

Namun, Benyamin menganggapnya sebagai masa depan mata wang dan dia bakal menikmati kekayaan besar pada masa hadapan. 

Sementara itu, Benyamin berkata, dia terlibat dalam permainan tersebut hanya untuk membina kemahiran dan pengalamannya.

Secara keseluruhan, koleksi NFT Benyamin didagangkan dengan jumlah lebih AS$5 juta (RM20.8 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya