Ikea gantung sementara operasi di Rusia, Belarus

Ikea gantung sementara operasi di Rusia, Belarus

ORANG ramai sanggup beratur panjang semasa membuat pembayaran di gedung IKEA di Moscow.-TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Gedung beli belah Ikea mengumumkan akan menggantung operasinya di negara ini susulan serangan Rusia di Ukraine. 

Disebabkan itu, penduduk Rusia berpusu-pusu membeli perabot dan keperluan rumah di Moscow dan St. Petersburg serta di cawangan Siberia di Omsk dan Novosibirsk, lapor Daily Mail

Kesemua cawangan yang berasal dari Sweden itu ditutup berkuatkuasa sejak 3 Mac lalu.

Ikea juga mengumumkan penangguhan operasi di Belarus disebabkan negara itu memberi bantuan kepada misi ketenteraan di Ukraine. 

Rakaman gambar dalam media sosial menunjukkan pengunjung berusaha mendapat barangan keperluan buat kali terakhir sebelum premis itu ditutup sepenuhnya. 

Ikea dalam kenyataan rasmi mengutuk keras tindakan Rusia yang melancarkan serangan tersebut.

“Peperangan memberikan kesan besar kepada manusia serta  mengakibatkan gangguan serius kepada rantaian bekalan dan perdagangan. 

“Berdasarkan semua sebab itu, Ikea memutuskan untuk menghentikan sementera operasi di Rusia. 

“Perang yang dahsyat di Ukraine adalah tragedi manusia dan kebimbangan kami paling mendalam adalah nasib jutaan penduduk yang terjejas,” katanya. 

Keputusan tersebut memberi kesan kepada 15,000 pekerja Ikea di negara itu. 

Oleh itu, kumpulan syarikat Ikea berjanji akan menawarkan pekerjaan dan menjamin kestabilan pendapatan serta memberikan sokongan kepada mereka dan ahli keluarga di rantau ini. 

Ikea memulakan operasi di Rusia sejak 2000, iaitu sembilan tahun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet dan berkembang menjadi antara sektor pekerjaan terbesar di negara ini. 

Dalam pada itu, Ikea menyatakan hasrat untuk mengurangkan kesan terhadap pekerja di Rusia yang terjejas sekiranya premis tersebut ditutup dalam tempoh lama. 

Jelasnya, beberapa inisiatif sudah digerakkan di seluruh Ikea bersama organisasi kemanusiaan yang ditubuhkan bagi menyokong individu yang terjejas dengan bantuan kecemasan di wilayah bergolak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN