Hampir 500 tentera Rusia terkorban di Ukraine - Utusan Malaysia

Hampir 500 tentera Rusia terkorban di Ukraine

TENTERA Ukraine melihat serpihan peluru yang berkecai selepas pertempuran dengan tentera Rusia di Kyiv, pagi semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia memaklumkan hampir 500 tenteranya terkorban di Ukraine sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan du negara itu pada minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, sebanyak 498 anggota tentera negara ini terkorban dalam pertempuran di Ukraine.

“Seramai 1,597 tentera pula mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ukraine sebelum ini mendakwa ribuan tentera Rusia terbunuh dalam peperangan yang berlaku.

Terdahulu, Moscow mengakui ada anggotanya yang terbunuh dalam pertempuran di Ukraine, namun tidak mendedahkan jumlahnya.

Dalam pada itu, Konashenkov menegaskan, tiada tentera kerahan atau kadet institusi pendudukan di bawah Kementerian Pertahanan Rusia terbabit dalam peperangan di Ukraine.

Sebelum ini, organisasi bebas Rusia mendedahkan sejumlah tentera kerajan dihantar menyertai peperangan itu selepas dipaksa menandatangani dokumen melintasi sempadan Ukraine.

Selain itu, Konashenkov memberitahu, Ukraine sengaja mengeluarkan laporan bahawa banyak tentera negara ini terkorban.

Beliau menyifatkan tindakan Ukraine itu seperti ‘takut pada bayang-bayang sendiri’ dan sengaja menampakkan Rusia lemah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN