Hajat hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital

Hajat hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang wanita bertindak membakar Hospital Dr. Tengku Mansyur, Tanjungbalai, Sumatera Utara kerana permintaannya ingin hamil anak kembar tiga tidak dipenuhi. 

Lapor Tribunnews, Jabatan Komunikasi Korporat hospital itu, M. Ikhsan Harahap berkata, permintaan pesakit itu cukup aneh kerana dia masih belum berkahwin.

Jelasnya, disebabkan permintaan tidak masuk akal itu, pihak hospital mengajukan permintaan tersebut kepada pihak berkaitan.

“Namun wanita itu tidak dapat menerima penjelasan pihak hospital. 

“Dia kemudian keluar dari hospital dan kembali semula dengan membawa sebuah bungkusan yang disyaki sebagai minyak petrol. 

“Bungkusan itu kemudian dicurahkan dan ditumpahkan di dalam singki,” katanya. 

Ikhsan berkata, suspek membakar gulungan tisu di dalam sinki itu sehingga menyebabkan api menjadi marak di hospital. 

Susulan itu, petugas perubatan berusaha memindahkan sejumlah pesakit ke kawasan lain dan memadamkan kebakaran. 

“Suspek kemudian melarikan diri dan lokasinya tidak diketahui. 

“Pelaku sering datang ke hospital sebelum ini dengan permintaan yang sama dan meminta petugas perubatan memberikan dirinya hamil kembar tiga,” katanya. 

Pengawal keselamatan memberitahu sebelum ini, wanita itu pernah membawa senjata tajam dan sering membuat bising di kawasan hospital. 

Kes tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis berkaitan perbuatan jenayah cuba membakar kemudahan awam. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya