JAWA: Gempa bumi berukuran 5.3 skala Richter melanda wilayah Samudera Hindia Selatan Jawa, Banten, pukul 12.31 tengah hari tadi.
Lapor Kompas.com, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berkata, gempa bumi terkini itu sekali gus merekodkan gempa bumi susulan sebanyak enam kali.
Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Bambang Setiyo Prayitno berkata, lokasi tepatnya berada di laut dengan jarak 28 kilometer arah Selatan Cihara, Lebak pada kedalaman 10 km.
“Apabila diperhatikan lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa bumi yang berlaku adalah jenis gempa bumi cetek,” katanya.
Bambang berkata, gegaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman Tsunami.