BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Ursula von der Leyen mengumumkan media Rusia, iaitu RT atau lebih dikenali sebagai Russia Today dan Sputnik akan diharamkan di Eropah.
“Kita akan mengharamkan media Rusia di EU dan semua anak syarikat yang berkaitan dengan dua organisasi media tersebut.
“Rusia tidak akan berpeluang melaporkan penipuan yang dilakukan oleh negara itu dalam peperangan yang berlaku di Ukraine,” katanya.
Selain EU, beberapa negara lain turut mengharamkan media Rusia termasuk Poland, Estonia, United Kingdom, dan Perancis.
Selain itu, Meta dan Google juga mengharamkan media Rusia daripada menyiarkan iklan menerusi semua platform termasuk Youtube.
Kedua-dua syarikat itu memaklumkan, pengharaman itu dibuat selepas kerajaan Ukraine meminta propaganda dan berita berat sebelah Rusia dihentikan serta-merta. Ini bagi mengelak situasi perang menjadi lebih teruk.