Empat maut New Zealand dibadai ribut - Utusan Malaysia

Empat maut New Zealand dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Sekurang-kurangnya empat terkorban apabila sebuah bot nelayan karam akibat dilanda ribut yang membadai Pulau Utara New Zealand hari ini.

Empat mayat ditemukan dan seorang lagi hilang selepas bot nelayan terbalik dan karam di perairan Northland semalam.

Sehubungan itu, pasukan tentera New Zealand mengerahkan dua pesawat dan kapal tentera laut ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang.

Ribut itu bergerak ke selatan dan membadai Auckland pada awal pagi ini dengan membawa hujan lebat selama sejam.

Beberapa lebuh raya ditutup kerana dinaiki air, sekolah juga ditutup manakala perkhidmatan feri dihentikan buat sementara waktu.

Agensi kaji cuaca New Zealand memaklumkan, ribut tersebut sudah pun reda, namun hujan dijangka berterusan beberapa hari akan datang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN