Ekonomi global 'semakin rosak' jika konflik Rusia-Ukraine berterusan - Utusan Malaysia

Ekonomi global ‘semakin rosak’ jika konflik Rusia-Ukraine berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kesan kerosakan ekonomi global akibat konflik di Ukraine bakal bertambah buruk jika situasi terus meruncing.

Jelas badan kewangan itu, kesan ekonomi akibat serangan Rusia di Ukraine sudah pun berada pada tahap amat serius.

“Sekiranya konflik ini berterusan, pertumbuhan ekonomi dunia boleh menjadi lebih teruk.

“Kejutan kenaikan harga akan memberi impak kepada seluruh dunia, terutamanya kepada golongan penduduk miskin,” kata IFM dalam satu kenyataan.

Ketika ini, harga minyak satu tong menghampiri AS$120 (RM501), sekali gus memburukkan inflasi yang dihadapi dunia ketika proses pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Di Ukraine, kerosakan ekonomi dilaporkan cukup besar dengan banyak infrastruktur ditutup dan musnah, selain negara itu dijangka memerlukan kos pemulihan yang signifikan.

Menurut IMF, bantuan kewangan kecemasan yang dimohon Ukraine adalah berjumlah AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) dan akan dibincangkan di peringkat lembaga eksekutif IMF seawal minggu depan.

“Sekatan terhadap Rusia juga akan memberi kesan besar terhadap ekonomi global dan pasaran kewangan dengan banyak negara akan menanggung akibatnya,” jelas IMF. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN