Dua maut gempa 7.3 Richter gegar Jepun - Utusan Malaysia

Dua maut gempa 7.3 Richter gegar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua maut selepas gempa bumi sekuat 7.3 skala Richter menggegarkan pantai timur laut Jepun di luar Fukushima tengah malam tadi.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran Jepun mengesahkan kematian tersebut dan 94 lagi cedera, termasuk empat parah.

Gempa bumi itu boleh dorasai sehingga ke Tokyo yang berjarak 275 kilometer, menyaksikan bangunan bergegar dan ratusan kediaman terputus bekalan elektrik selama lebih sejam.

Pihak berkuasa Jepun pada mulanya mengeluarkan amaran tsunami sebelum menariknya semula.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer, sekali gus mencetuskan rasa bimbang kepada penduduk mengenai tragedi tsunami yang berlaku sebelum ini akan berulang.

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 11 Mac 2011 mencetuskan tsunami dan meragut banyak banyak, selain menjadi satu daripada bencana terburuk di Jepun.

Setakat ini, tiada sebarang kejanggalan dikesan di loji nuklear Fukushima yang sebelum ini terjejas teruk akibat gempa 2011. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya