Dos penggalak dua kali setahun - Utusan Malaysia

Dos penggalak dua kali setahun

JENNY Harries hadir semasa sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi bayangan rakyat Britain berkemungkinan memerlukan dos penggalak vaksin Covid-19 setiap enam bulan pada masa depan.

Lapor Daily Mail, Ketua Eksekutif UKHSA, Dr. Jenny Harries berpandangan ‘kumpulan berkaitan’ yang paling berisiko dalam masyarakat masih memerlukan suntikan penggalak tersebut.

Katanya, Britain ketika ini masih berada dalam ‘tempoh tidak menentu’ meskipun semua sekatan sudah ditarik balik sebulan lalu.

Menurut beliau, pasukan pakar juga tidak dapat meramalkan tempoh varian baharu boleh berlaku dan implikasinya terhadap imuniti daripada vaksin.

Kira-kira lapan juta penduduk termasuk golongan berusia 75 tahun ke atas, penghuni rumah jagaan dan individu lemah imun berumur 12 tahun ke atas kini layak mendapat suntikan dos keempat vaksin Covid-19.

Dilaporkan, dos kelima bahkan suntikan keenam vaksin akan dilaksanakan pada musim luruh ini.

Harries yang hadir pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), diminta mengulas sama ada dos penggalak akan terus diberikan kepada penduduk setiap enam bulan.

Beliau bagaimanapun enggan menafikan dos penggalak akan terus diberikan selepas suntikan keempat vaksin Covid-19.

“Vaksin bagi kumpulan berkaitan berdasarkan bukti yang kami peroleh. Kempen dos penggalak musim bunga yang kami laksanakan adalah bagi mereka yang berumur lebih 75 tahun, penghuni rumah jagaan dan mereka mempunyai sistem imun rendah.

“Pandemik belum berakhir, jadi untuk tempoh 18 bulan akan datang atau dua tahun lagi, saya rasa ia akan menjadi tempoh yang tenang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN