Covid-19: Rumah mayat Hong Kong penuh, simpan dalam kontena

Covid-19: Rumah mayat Hong Kong sesak, simpan dalam kontena

PEKERJA memindahkan mayat pesakit Covid-19 dari sebuah trak ke dalam kontena di luar Rumah Mayat Awam Fu Shan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Rumah mayat awam di Hong Kong dilaporkan sesak dengan mayat pesakit Covid-19 susulan peningkatan mendadak kes kematian akibat jangkitan virus itu.

Lapor Daily Mail, situasi itu turut memaksa pekerja rumah mayat memindahkan mayat mangsa Covid-19 ke dalam kontena.

Beberapa gambar yang tular menunjukkan pekerja memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap sedang memindahkan mayat pesakit Covid-19 dari sebuah trak ke dalam barisan kontena yang diletakkan di luar Rumah Mayat Awam Fu Shan.

Hong Kong merekodkan hampir sejuta kes jangkitan dan lebih 4,600 kematian akibat Covid-19 kurang daripada tiga bulan selepas penularan varian Omicron di negara itu.

Sebahagian besar kes kematian itu membabitkan populasi warga emas yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.       

Seorang wakil dari industri pengebumian memaklumkan kes kematian yang semakin meningkat menjejaskan bekalan keranda di bandar itu.

Katanya, setakat ini, hanya 300 keranda yang tinggal dan dijangka kehabisan pada hujung minggu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, dua lagi kontena yang membawa muatan keranda akan tiba di Hong Kong tidak lama lagi.   

Gambar-gambar itu tular lima hari selepas beberapa mayat dibiarkan terlantar bersebelahan pesakit yang masih hidup di sebuah hospital di Hong Kong.

Seorang doktor mendakwa gambar tersebut diambil di dalam wad kemalangan dan kecemasan Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong dan mula tular pada Jumaat lalu.

Gambar itu yang dirakam pada awal bulan ini memaparkan enam beg mayat di atas pengusung diletakkan bersebelahan pesakit.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN