China pindahkan rakyatnya dari Ukraine - Utusan Malaysia

China pindahkan rakyatnya dari Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mula memindahkan rakyatnya yang berada di beberapa wilayah di Ukraine, kata media kerajaan negara itu.

Tindakan itu dilakukan ketika kebimbangan berhubung keselamatan rakyat semakin meningkat serta keengganan Beijing untuk mengecam pencerobohan Rusia.

Akhbar Global Times melaporkan kira-kira 600 pelajar China melarikan diri dari Kyiv dan bandar pelabuhan Odessa.

Laporan media itu memetik kenyataan Kedutaan China di ibu negara Ukraine.

“Mereka menaiki bas ke negara jiran Moldova dengan diiringi pegawai kedutaan dan dibawah perlindungan polis tempatan.

“Seorang rakyat mengesahkan perjalanan selama enam jam itu selamat dan lancar,” jelas laporan itu.

Menurut laporan itu, seramai 1,000 lagi warganegara China akan meninggalkan Ukraine untuk menuju ke Poland dan Slovakia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya