China lapor dua kematian Covid-19 selepas lebih setahun - Utusan Malaysia

China lapor dua kematian Covid-19 selepas lebih setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China melaporkan dua kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam tempoh lebih setahun.

Kes kematian tersebut merupakan yang pertama dilaporkan di negara itu sejak 26 Januari 2021.

Ia juga secara tidak langsung menggariskan ancaman varian Omicron yang mencetuskan jumlah kes tertinggi negara itu sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), dua kes kematian itu dilaporkan di Jilin, wilayah timur laut China yang teruk dilanda peningkatan kes Covid-19.

Setakat ini, sebanyak 4,638 kes kematian akibat jangkitan virus itu dilaporkan.

NHC memaklumkan, secara keseluruhan, China melaporkan sebanyak 4,051 kes baharu hari ini berbanding 4,365 kes pada hari sebelumnya.

Katanya, lebih separuh kes jangkitan baharu itu dilaporkan di Jilin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN