China Eastern: CAAC lancar pemeriksaan besar-besaran

China Eastern: CAAC lancar pemeriksaan besar-besaran

SEBAHAGIAN serpihan badan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di bandar Wuzhou, di wilayah Guangxi, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pengendali penerbangan China melancarkan pemeriksaan secara besar-besaran berhubung keselamatan industri penerbangan ketika pasukan kecemasan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat China Eastern Airlines.

Punca nahas yang berlaku di wilayah Guangxi pada Isnin lalu masih belum dikenal pasti dengan pihak berkuasa memaklumkan proses siasatan berdepan kesukaran memandangkan keadaan pesawat yang hancur.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) memaklumkan, pemeriksaan itu akan dilakukan selama dua minggu dan melibatkan pemeriksaan di semua biro kawalan trafik udara, syarikat penerbangan dan institut latihan penerbangan.

Jelasnya, pemeriksaan itu bagi memastikan tahap keselamatan industri penerbangan di negara ini berada pada tahap paling memuaskan kerana melibatkan nyawa penumpang.

Sejak nahas itu berlaku, China Eastern menyekat operasi lebih 200 pesawat Boeing 737-800 miliknya.

Dalam pada itu, pasukan kecemasan bertungkus-lumus melakukan SAR biarpun peluang untuk menemukan mangsa terselamat adalah ‘sifar’.

Mereka terus mengumpul serpihan badan pesawat yang berkecai bagi dijadikan bahan bukti dan siasatan.

Kebanyakan keluarga mangsa menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas dan pada masa yang sama, masih tidak dapat menerima kenyataan tentang apa yang berlaku.

Ada dalam kalangan keluarga masih menunggu di lapangan terbang bagi mengetahui maklumat terkini tentang nahas itu.

Menerusi sidang akhbar pertama selepas nahas berlaku, CAAC memaklumkan, pesawat berada dalam keadaan baik dan kru penerbangan juga tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum pesawat berlepas.

Pesawat dengan nombor penerbangan MU5735 itu didakwa menjunam 35 darjah sebelum terhempas dan nahas berlaku ketika kapal terbang itu dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.

Kemalangan yang  berlaku dilihat memberi kesan besar terhadap Boeing yang sebelum ini sudah pun berdepan kesukaran susulan dua nahas melibatkan pesawat keluaran syarikat itu pada tiga tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.