MINSK: Belarus dilaporkan tidak bercadang menyertai `operasi ketenteraan’ Rusia di Ukraine.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Alexander Lukashenko sepertimana dilaporkan oleh agensi berita negara, Belta.
Lukashenko juga menolak dakwaan Ukraine kononnya tentera Rusia melancarkan serangan terhadap negara itu dari wilayah Belarus.
Dalam pada itu, Minsk melaporkan negaranya tidak akan mengerahkan tentera Belarus untuk menyokong serangan Rusia.
Sementara itu, seorang pegawai memaklumkan sekurang-kurangnya 70 tentera Ukraine terbunuh dalam serangan artileri Rusia ke atas pangkalan tentera di bandar Okhtyrka yang terletak antara Kharkiv dan Kyiv. – AGENSI