Bayi meninggal dunia selepas ambulans kehabisan minyak - Utusan Malaysia

Bayi meninggal dunia selepas ambulans kehabisan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDARI: Seorang bayi di Kendari, Sulawesi Tenggara meninggal dunia selepas ambulans yang membawanya ke hospital mati di tengah jalan kerana kehabisan minyak.

Kes bermula dengan seorang wanita bernama Julis melahirkan bayinya di Klinik Kesihatan Poasia sambil ditemani suaminya, Fandi.

Selepas dilahirkan, bayi tersebut tidak menangis atau mengeluarkan bunyi, menyebabkan petugas kesihatan segera menyedut cairan ketuban di dalam mulut serta hidungnya.

Namun, usaha itu tidak berhasil kerana bayi berkenaan masih tidak menunjukkan sebarang reaksi, menyebabkan dia dirujuk ke hospital utama.

Ketika di dalam ambulans, bayi itu mendapat bantuan oksigen dan kenderaan berkenaan tiba-tiba berhenti di tengah jalan kerana kehabisan minyak.

Petugas kesihatan kemudiannya cuba menghubungi ambulans lain termasuk menahan kenderaan lain, namun tiada satu pun yang mahu berhenti.

Selepas 15 minit, teksi dalam talian, Maximm berhenti dan segera menumpangkan bayi berkenaan bersama ibu dan petugas kesihatan ke hospital.

Bagaimanapun, rtangki oksigen tidak dapat dibawa bersama memandangkan saiznya yang besar.

Lima minit selepas tiba di hospital utama, doktor mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Sementara itu, pentadbiran hospital menolak kematian bayi itu akibat daripada rawatan yang lambat.

Sebaliknya memaklumkan, bayi berkenaan sudah mempunyai masalah sejak dalam kandungan ibunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN