Australia mengenakan 476 sekatan terhadap Rusia - Utusan Malaysia

Australia mengenakan 476 sekatan terhadap Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia mengumumkan lebih banyak sekatan terhadap Rusia hari ini berikutan serangan di Ukraine dengan menyekat eksport alumina dan bauksit yang berkuatkuasa serta-merta.

Pada masa sama, Australia juga berikrar untuk menyumbang lebih banyak bantuan senjata dan kemanusiaan kepada Ukraine.

Larangan eksport itu bertujuan memberi kesan kepada pengeluaran aluminium di Rusia dengan 20 peratus bekalan alumina Moscow bergantung kepada Australia.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Canberra mengenakan sekatan terhadap oligarki, Oleg Derispaska yang memiliki pegangan dalam Queensland Alumina Limited iaitu usaha sama antara syarikat aluminium Rusia, Rusal dan gergasi perlombongan Rio Tinto, yang berikrar memutuskan semua hubungan perniagaan dengan Moscow.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menegaskan kerajaannya akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberi tekanan maksimum kepada Presiden Vladimir Putin supaya berundur dari Ukraine.

Katanya, sehingga kini, Australia sudah kenakan 476 sekatan terhadap individu dan institusi Rusia sejak pencerobohan bermula.

Beliau turut mengumumkan Australia akan menyumbang 70,000 tan arang batu kepada Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN