Arnie bersara derma darah, selamatkan 80 anjing

Arnie bersara derma darah, selamatkan 80 anjing

ARNIE dari baka spaniel mendermakan darahnya kepada anjing lain sejak berusia tiga tahun. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SCOTLAND: Seekor anjing dari baka spaniel dilaporkan bersara daripada menderma darah selepas membantu menyelamatkan 80 nyawa haiwan itu selama ini. 

Lapor Metro, Arnie yang berusia sembilan tahun mula menderma darah kepada Pet Blood Bank, sejak 2015. 

Namun, usaha murni itu terpaksa dihentikan kerana Arnie sudah mencapai had umur yang dibenarkan. 

Anjing seberat 25 kilogram itu mula menderma darah apabila pemiliknya, Rachel McFarlane, 36, terbaca rayuan yang mencari lebih ramai penderma darah bagi menyelamatkan anjing.

Arnie sudah mendermakan 21 beg darah dan setiap daripadanya berpotensi menyelamatkan nyawa empat ekor anjing. 

Arnie dibenarkan menderma darah setiap lapan minggu sekali di klinik haiwan. 

McFarlane yang berasal dari Falkirk, Scotland berkata, anjing peliharaannya mula mendermakan darah sejak berusia tiga tahun. 

“Anjing mempunyai dua jenis darah iaitu positif dan negatif. Arnie mempunyai darah positif.

“Anjing jenis spaniel jarang menderma darah sebab kebiasaannya mereka mempunyai berat bawah 25kg. 

“Kebiasaannya anjing dari baka lebih besar seperti pudel, labrador dan gembala Jerman yang menderma darah. Disebabkan saiz Arnie yang besar, jadi dia boleh menderma,” katanya. 

Menurut Rachel, haiwan peliharaannya itu mendapat bermacam-macam permainan dan hadiah sejak menderma darah. 

Anjing dari baka spaniel berasal dari Sepanyol dan populasinya semakin bertambah di Britain.

Anjing ini mempunyai tubuh badan yang kecil, berbulu lebat dan telinga yang panjang.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN