37 kanak-kanak terbunuh di Ukraine - UNICEF - Utusan Malaysia

37 kanak-kanak terbunuh di Ukraine – UNICEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak terbunuh dan 50 lagi cedera di Ukraine dalam tempoh dua minggu negara itu diserang oleh tentera Rusia.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell berkata, lebih sejuta kanak-kanak terpaksa melarikan diri dari Ukraine.

“Serangan terhadap orang awam dan bangunan termasuk hospital, sistem sanitasi dan sekolah adalah tidak wajar.

“Ia harus dihentikan serta-merta,” kata Russell dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kanak-kanak di Ukraine amat memerlukan keamanan pada ketika ini dan nyawa mereka juga harus terus dilindungi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN