PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 56 cedera dalam satu insiden letupan kuat di sebuah masjid di Peshawar hari ini.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap sebuah hospital di sini, Muhammad Asim Khan.
“Kami sudah isytiharkan darurat di hospital akibat insiden itu.
“Kami menerima banyak mangsa yang terkorban dan cedera akibat letupan tersebut,” katanya.
Kejadian itu berlaku ketika orang ramai memnbuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Jamia.
Sebanyak 10 mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal. – AFP











