22 maut nahas lori, bas di Tanzania - Utusan Malaysia

22 maut nahas lori, bas di Tanzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 22 orang dilaporkan maut selepas sebuah bas yang membawa penumpang merempuh sebuah lori di timur Tanzania.

Menurut pejabat presiden, seramai 38 lagi orang cedera dalam kejadian itu.

Ketua polis wilayah timur Morogoro, Fortunatus Muslim berkata, kejadian itu berlaku di Melela Kibaoni, kira-kira 200 kilometer (km) barat bandar pantai dan hab ekonomi Dar es Salaam.

Katanya, kemalangan berlaku ketika lori tersebut cuba memintas sebuah motosikal.

“Pemandu lori yang dalam perjalanan dari pelabuhan Dar es Salaam ke Republik Demokratik Congo, cuba memintas sebuah motosikal apabila kedua-dua kenderaan bertembung di bahagian hadapan,” katanya.

Bas dalam perjalanan dari bandar Mbeya ke Tangga itu dilaporkan berada di arah bertentangan.

Sementara itu, Presiden Samia Suluhu menzahirkan ucapan takziah di Twitter kepada keluarga mangsa terkorban dan menggesa pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN