11 maut rumah buat mercun haram meletup di India - Utusan Malaysia

11 maut rumah buat mercun haram meletup di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATNA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh selepas sebuah rumah yang dijadikan tempat penghasilan mercun haram meletup dalam satu kejadian di timur India.

Letupan kuat itu turut memusnahkan empat rumah berhampiran dan bunyi letupan boleh didengari sejauh 15 kilometer.

Jurucakap pihak berkuasa, Subrat Kumar Sen berkata, lima orang turut cedera dalam insiden yang berlaku di timur negeri Bihar.

Katanya beberapa jentera berat digunakan untuk membersihkan runtuhan rumah yang musnah dalam kejadian itu.

“Peluang untuk menemukan mangsa yang terselamat di bawah runtuhan itu amat tipis,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah atas insiden yang berlaku dan memaklumkan pihak berkuasa akan menyalurkan semua bantuan bagi operasi keselamatan.

Pada 2019, seramai 18 orang maut apabila sebuah kilang mercun meletup di negeri Punjab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN