Zelensky semakin cuak, tentera Rusia bakal rampas Kyiv - Utusan Malaysia

Zelensky semakin cuak, tentera Rusia bakal rampas Kyiv

VOLODYMYR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi amaran tentera Rusia akan merampas ibu negara Kyiv, hari ini.

Lapor AFP, Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran sejak Khamis lalu sehingga memaksa lebih 50,000 orang melarikan diri dari Ukraine dalam tempoh 48 jam lalu.

Serangan itu menimbulkan ketakutan sekiranya tercetus Perang Dingin baharu di Eropah.

“Malam ini akan menjadi lebih sukar berbanding hari-hari lain. Banyak bandar sudah diserang.

“Pengumuman khas kepada penduduk Kyiv, kita tidak boleh kehilangan ibu negara ini.

“Saya merayu kepada semua tentera pertahanan, lelaki dan wanita, malam ini musuh akan menggunakan semua ketenteraan mereka untuk melumpuhkan pertahanan dengan cara kasar,” kata Zelensky menerusi rakaman video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN