Zelensky muncul lagi dalam klip video baharu

Zelensky muncul lagi dalam klip video baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memuat naik video terbaharu memaparkan dirinya berjalan di sekitar jalan di bandar Kyiv, kira-kira pukul 11.40 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Lapor BBC, Zelensky dilihat memberanikan diri berada di kawasan terbuka selepas insiden tembak-menembak dan letupan berlarutan malam tadi.

Menerusi video itu, beliau menafikan mengarahkan tenteranya menyerahkan diri.

Beliau sebaliknya menegaskan Ukraine akan mempertahankan diri terhadap pencerobohan Rusia yang sudah memasuki hari ketiga, hari ini.

Zelensky turut memberi amaran, tentera Rusia akan terus melancarkan serangan pada waktu tengah malam.

Terdahulu, Rusia bersedia ke meja rundingan jika tentera Ukraine menyerah kalah dan menegaskan pasukan tentera Moscow berusaha membebaskan Kyiv daripada ‘penindasan’ Barat.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kesediaan menghantar delegasi ke Minsk bagi tujuan rundingan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN