Wanita pernah hamil kembar lapan meninggal dunia akibat kanser - Utusan Malaysia

Wanita pernah hamil kembar lapan meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita yang pernah mengejutkan dunia apabila mengandung kembar lapan sebelum kesemuanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mati dilaporkan meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Lapor Daily Mail, Mandy Allwood meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser selama beberapa tahun.

Pada 1996, Allwood bersama pasangannya, Paul Hudson membuat pengumuman bahawa dia hamil kembar lapan dan ketika itu dia berusia 31 tahun.

Namun, bayi kembar lapannya yang terdiri dari enam lelaki dan dua perempuan yang kesemuanya dilahirkan pada minggu 24 kehamilan mati akibat pelbagai komplikasi.

Insiden itu menimbulkan kesan mendalam kepada Allwood dan dia mengakui tidak pernah melupakan kesemua anaknya.

Kelapan-lapan bayi kembarnya dinamakan sebagai Kypros, Adam, Martyn, Cassius, Nelson, Donald, Kitali dan Layne.

Bagi mengubati kesedihannya, Allwood pernah beberapa kali ‘tersasar’ apabila terjebak dengan ketagihan alkohol, malah pernah cuba membunuh diri dan keadaan diburukkan selepas dia berpisah dengan pasangannya.

Selain itu, Allwood juga sering menganggap dirinya mengandung dan memaklumkan ‘selalu berasa tendangan bayi di dalam perut’.

Dalam pada itu, mayat Allwood dijadualkan dibakar hari ini tanpa kehadiran sesiapa termasuk ahli keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya