Wanita cantik maut terbelit rambut sendiri ketika hadiri temuduga kerja - Utusan Malaysia

Wanita cantik maut terbelit rambut sendiri ketika hadiri temuduga kerja

UMIDA NAZAROVA mengalami kecederaan parah di kepala selepas rambutnya tersangkut di mesin kilang di Belarus. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINSK: Seorang wanita yang mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri selepas rambutnya tersangkut di sebuah mesin di kilang Svarmet di Borisov, Belarus. 

Lapor Daily Mail, kulit kepala Umida Nazarova, 21, turut tercabut selepas mangsa dibawa mengelilingi kilang tersebut ketika menghadiri temuduga kerja di kilang yang mengeluarkan produk berkaitan wayar kimpalan dan elektrod.

Semasa lawatan itu, rambutnya tiba-tiba terperangkap dalam mesin dan melilit lehernya sebelum mangsa terperangkap dan berlumuran darah.

Ibu mangsa, Olga berkata, bahagian leher anaknya turut mengalami kecederaan akibat lilitan rambut tersebut.

“Dia mengalami kecederaan parah susulan kejadian itu. Saya sedih kerana kilang tersebut melanggar peraturan keselamatan sehingga meragut nyawa anak saya.

“Mereka nampak Umida mempunyai rambut panjang, kenapa tidak diberikan sebarang penutup untuk melindungi kepalanya?” soalnya. 

Insiden itu  menyaksikan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada ketua kilang pengeluaran tersebut kerana gagal menunaikan tanggungjawab keselamatan selain tidak bersikap jujur dan cuai sehingga menyebabkan kematian seseorang. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya