Varian Omicron 75 peratus kurang bahaya berbanding Delta

Varian Omicron 75 peratus kurang bahaya berbanding Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Individu yang dijangkiti varian Omicron hampir 75 peratus kurang berkemungkinan menghidap penyakit serius atau meninggal dunia berbanding mereka yang dijangkiti varian Delta.

Perkara itu dinilai berdasarkan data dunia sebenar yang dikeluarkan semalam oleh pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan.

Stau kajian oleh Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) terhadap kira-kira 67,200 jangkitan yang disahkan sejak Disember lalu menunjukkan kadar keseriusan dan kematian akibat Omicron masing-masing pada purata 0.38 dan 0.18 peratus, berbanding 1.4 dan 0.7 peratus bagi kes Delta.

KDCA mengkategorikan kes berat berdasarkan individu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital.

Kira-kira 56 peratus daripada 1,073 individu yang meninggal dunia dalam tempoh lima minggu lalu disebabkan tidak menerima vaksin Covid-19 atau hanya menerima satu dos.

Golongan berusia 60 ke atas menyumbang kepada 94 peratus kematian.

Lebih 86 peratus daripada 52 juta populasi Korea Selatan sudah menerima dua dos vaksin dan hampir 60 peratus menerima suntikan dos penggalak.

Kes jangkitan dan kematian yang rendah di negara ini adalah hasil daripada sekatan Covid-19 yang tegas, selain sistem pengesanan dan ujian yang efektif.

Dalam pada itu, pihak berkuasa negara ini mula melonggarkan beberapa sekatan Covid-19, termasuk penjarakan sosial dan kuarantin kendiri untuk individu sudah lengkap vaksinasi.

KDCA memaklumkan, Omicron menjadi varian dominan dalam minggu ketiga Januari lalu dan sehingga 90 peratus kes baharu melibatkan varian itu direkodkan pada minggu pertama bulan ini.

KDCA merekodkan sebanyak 99,444 kes jangkitan baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,157,734, dengan 7,508 kematian. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN