KYIV: Gabenor bandar kedua Ukraine, Oleg Sinegubov menolak dakwaan tentera Rusia sudah memasuki bandar Kharkiv.
Sebaliknya, beliau menegaskan bandar itu masih dalam penguasaan Ukraine dan ‘tiada kehadiran musuh’ dikesan.
“Kharkiv masih dalam kawalan Ukraine, tiada satu pun tentera Rusia di sini.
“Semua pihak sedang mempertahankan Kharkiv ketika ini,” katanya seperti yang dilapor Al-Jazeera.
Moscow sebelum ini mendakwa pasukan tenteranya mula memasuki Kharkiv dan saling berbalas serangan dengan tentera Ukraine.
Peperangan yang masuk hari keempat hari ini menyaksikan lebih 200 orang terkorban termasuk 64 penduduk awam.
Selain itu, lebih 300,000 penduduk Ukraine melarikan diri ke beberapa negara jiran termasuk Poland.