Tiga maut, jet pejuang Iran terhempas di Tabriz - Utusan Malaysia

Tiga maut, jet pejuang Iran terhempas di Tabriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tiga orang maut selepas sebuah pesawat perang tentera terhempas di kawasan bandar Tabriz di Iran.

Lapor Al Jazeera, dua juruterbang dan seorang penduduk yang menunggu di dalam keretanya di sebuah parkir kenderaan, terkorban dalam nahas itu.

Menurut pegawai tentera Reza Yousefi di lokasi kejadian, jet pejuang F5 yang digunakan untuk tujuan latihan, terhempas kerana mengalami masalah teknikal.

Beliau memuji tindakan berani dua juruterbang berikutan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berjaya mengelak pesawat itu terhempas di kawasan perumahan penduduk.

“Juruterbang itu boleh melepaskan diri namun mereka berjaya melencongkan pesawat itu ke arah kawasan bukan kediaman penduduk.

“Mereka kemudian cuba mendaratkan pesawat di kawasan lapang bersebelahan kompleks sukan,” katanya.

Jelas beliau, ketika mendarat, pesawat itu melanggar tepi bangunan sekolah yang kosong sekaligus turut melanggar kereta orang awam.

Sementara itu, seorang jurucakap tentera mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku kira-kira 8 pagi tadi (waktu tempatan).

Katanya, juruterbang yang terkorban itu dikenali sebagai Sadegh Falahi dan Alireza Hanifehzad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN