Thailand bakal buka semula wilayah sempadan Malaysia - Utusan Malaysia

Thailand bakal buka semula wilayah sempadan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan membuka semula kawasan sempadan negara ini dengan Malaysia bermula bulan depan bagi merangsang semula sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan Thailand.

Lapor Bangkok Post, jurucakap perdana menteri, Rachada Dhnadirek berkata, Prayut Chano-cha mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) bekerjasama dengan pusat operasi sukan dan pelancongan mengenai langkah pencegahan Covid-19.

Kerajaan bercadang untuk membuka beberapa pos pemeriksaan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.

Terdahulu, Thailand dan Malaysia merancang untuk melaksanakan gelembung pelancongan melibatkan golongan sudah lengkap vaksinasi dan mereka tidak perlu menjalani kuarantin.

“Perdana menteri yakin Thailand masih menjadi satu daripada destinasi pelancongan terkenal di seluruh dunia biarpun pandemik berlaku,” kata Rachada.

Sementara itu, pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Dr. Suthep Phetmak menyifatkan situasi Covid-19 antara negara ini dengan Malaysia hampir sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya