SAINT-DENIS: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera di pulau La Reunion ketika taufan tropika Batsirai bergerak melepasi wilayah Perancis di Lautan India itu.
Taufan yang membawa hujan lebat dan angin kencang menyebabkan semua penduduk terkurung di dalam rumah masing-masing.
Pulau itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga semalam sehingga memaksa kira-kira 860,000 penduduk kekal berada dalam rumah.
“Insiden terburuk belum berakhir lagi,” kata Ketua La Reunion, Jacques Billant.
Beliau turut memberi amaran pulau itu akan dilanda ribut dan hujan lebat lagi.
Menurut Billant, daripada jumlah mangsa yang cedera, seramai 10 orang mengalami keracunan karbon monoksida.
“Seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi menyelamat dan seorang lagi cedera akibat terjatuh dari bumbung. – AFP