Suami penggal kepala isteri demi maruah keluarga - Utusan Malaysia

Suami penggal kepala isteri demi maruah keluarga

LELAKI itu berjalan sambil membawa kepala isterinya yang dipenggal. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seorang lelaki di Iran dilaporkan memenggal kepala isterinya demi menjaga maruah keluarga selepas wanita itu cuba melarikan diri dari negara tersebut.

Lebih memeranjatkan apabila lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu, berjalan sekitar jalanan sambil membawa kepala isterinya yang terputus.

Lapor Daily Mail, lelaki itu membunuh isterinya, Mona Heydari, 17, di bandar Ahvaz, barat daya Iran, Sabtu lalu.

Difahamkan, Mona melarikan diri ke Turki selepas keluarganya mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Namun, berdasarkan laporan media tempatan, bapa dan suami Mona berjaya mengesan keberadaannya dan membawa pulang wanita itu ke Iran, minggu lalu.

Dilaporkan, Mona hanya berusia 12 tahun ketika dikahwinkan dengan lelaki tersebut yang juga merupakan sepupunya.

Mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun ketika dibunuh.

Pihak berkuasa menahan suami mangsa dan abang kepada lelaki itu atas tuduhan membunuh Mona sebagai membalas dendam kerana melakukan zina dan meninggalkan keluarganya.

Beberapa rakaman mengerikan menunjukkan si suami tersengih sambil memegang pisau dan kepala isterinya yang terputus.

Insiden itu mengejutkan penduduk di Iran apabila umur sah untuk berkahwin adalah 13 tahun dan wanita beragama Islam perlu memakai tudung.

Sementara itu, pegawai polis, Kol Sohrab Hosseinnejad berkata, kedua-dua defendan mengaku melakukan pembunuhan itu ketika dalam siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.