Selepas Rayan, adik Haidar pula jatuh perigi di Afghanistan

Selepas Rayan, adik Haidar pula jatuh perigi di Afghanistan

PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan Haidar yang terperangkap selama dua hari di dalam perigi di sebuah perkampungan terpencil di selatan Afghanistan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan sejak Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap dalam lubang di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut mempunyai kedalaman 24 meter dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.

Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa giat dijalankan.

Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya