Selepas konsert, Arab Saudi anjurkan perlawanan WWE

Selepas konsert, Arab Saudi anjurkan perlawanan WWE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Selepas konsert, Arab Saudi menganjurkan perlawanan gusti WWE Elimination Chamber hari ini, buat pertama kali yang menampilkan nama besar dalam arena sukan lasak tersebut.

Lapor Arab News, acara tersebut diadakan di Jeddah yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Hiburan Am.

Wartawan Arab News berpeluang menemubual dengan beberapa ahli gusti mengenai penganjuran acara tersebut.

Juara WWE, Bobby Lashley antara nama besar sebaris dengan ahli gusti veteran seperti Brock Lesnar, Riddle dan AJ Styles.

Katanya, ini merupakan kali keempat dia berada di Arab Saudi.

“Saya sangat teruja kerana setiap kali kami datang ke sini, sambutan sangat memberangsangkan daripada penonton,” katanya.

Acara gusti itu merupakan sebahagian daripada program GEA dan pertunjukan antarabangsa.

Ia merupakan kerjasama antara WWE bagi mempersembahkan penganjurannya di Arab Saudi.

WWE Elimination Chamber kebiasaannya diadakan di Amerika Syarikat dan dianjurkan di luar negara buat pertama kali sejak 2002.

Tiket dijual bermula dari 50 riyal (RM55) hingga 900 riyal (RM 1,004).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN