Sekatan Barat tidak cukup hentikan kemaraan Rusia - Utusan Malaysia

Sekatan Barat tidak cukup hentikan kemaraan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menegaskan serangan berterusan dilakukan Rusia ketika ini terhadap negaranya menunjukkan sekatan dikenakan terhadap Moscow oleh Barat tidak mencukupi.

Beliau berkata demikian ketika artileri, mortar dan peluru berpandu Rusia berterusan membedil ibu negara, Kyiv, sejak awal pagi tadi dengan dunia masih terus memerhatikan apa yang berlaku di Ukraine dari jauh.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Ukraine, dalam satu kenyataan, menjangkakan negara itu akan menghadapi keadaan paling sukar hari ini.

Menurutnya, tentera Rusia dijangka menggunakan kereta kebal, dan kereta perisai bagi memasuki jauh ke dalam Ukraine sehingga ke Kyiv.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Malyar berkata, tentera Russia mungkin memasuki kawasan luar, malah mungkin sampai ke Kyiv hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN