Rusia dakwa tawan dua bandar besar di Ukraine - Utusan Malaysia

Rusia dakwa tawan dua bandar besar di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mendakwa anggota tenteranya sudah menguasai sepenuhnya dua bandar besar di selatan dan tenggara Ukraine.

Ia membabitkan bandar Kherson di selatan Ukraine dan Berdyansk di bahagian tenggara negara itu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov memaklumkan perkara tersebut dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Rusia.

“Bandar Kherson dan Berdyansk sudah disekat sepenuhnya oleh anggota tentera Rusia dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya.

Dilaporkan, tentera Rusia terus mara dari semua arah di Ukraine ketika pencerobohan ke atas negara pro-Barat itu.

Sementara itu, ketua pentadbiran wilayah Oleg Sinegubov berkata, tentera Rusia sudah memasuki bandar Kharkiv di Ukraine dalam pertempuran yang masih berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN