MOSCOW: Ketenteraan Rusia mendakwa pihaknya berjaya menguasai ruang udara Ukraine ketika tentera kedua-dua negara saling bertempur dan berbalas serangan.
Selain itu, tentera Rusia memaklumkan, penduduk awam di Kyiv boleh ‘meninggalkan bandar raya itu dalam keadaan selamat’ tanpa perlu bimbang dengan situasi yang berlaku.
Konvoi tentera Rusia ketika ini dalam perjalanan menuju ke Kyiv.
Dalam pada itu, Rusia turut mendakwa Ukraine menggunakan ‘perisai manusia’ ketika berdepan dengan serangan Rusia.
“Tentera Ukraine menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia dan ini sepatutnya tidak berlaku.
“Kami berusaha mengurangkan kematian melibatkan penduduk awam, tapi Ukraine pula menggunakan mereka sebagai perisai ketika menghadapi serangan,” menurut ketenteraan Rusia. – AFP










