Ribut Eunice ragut sembilan nyawa

Ribut Eunice ragut sembilan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribut Eunice yang melanda Eropah sejak semalam mengorbankan sembilan orang selepas jutaan penduduk dinasihatkan berada di rumah susulan serangan ribut terburuk dalam beberapa dekad.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran merah kedua cuaca berbahaya di London, tenggara dan timur England.

Amaran merah bermaksud terdapat ancaman bahaya kepada nyawa manusia daripada serpihan yang berterbangan di barat daya England dan selatan Wales.

Disebabkan itu, ratusan sekolah terpaksa ditutup, semua pengangkutan awam kereta api di Wales ditangguhkan dan pihak tentera dalam keadaan siap-siaga.

Ribut Eunice membadai seluruh negara sehingga memusnahkan rumah, gereja dan mercu tanda abad ke-21.

Sebahagian bumbung Arena 02 di London mula runtuh akibat angin kencang, ketika kawasan ibu kota diletakkan di bawah amaran cuaca merah.

Imej yang diambil Jumaat malam lalu, menunjukkan sebahagian besar struktur bernilai 43 juta pound (RM244 juta) yang digelar Milenium Dome tercabut selepas dilanda ribut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya