Ribuan protes bantah peraturan vaksin di Canberra - Utusan Malaysia

Ribuan protes bantah peraturan vaksin di Canberra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ribuan penunjuk perasaan dilaporkan berarak melalui ibu negara Australia untuk ke bangunan Parlimen bagi membantah syarat yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19.

Ia merupakan demonstrasi terbaharu dalam rangkaian protes terhadap sekatan Covid-19 di seluruh dunia.

Penunjuk perasaan dilaporkan memenuhi jalanan di sekitar Canberra sebelum berhimpun secara beramai-ramai di luar Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekumpulan penunjuk perasaan mengibarkan bendera merah Australia dikaitkan dengan `warganegara yang berdaulat’ yang percaya undang-undang negara tidak terpakai kepada golongan itu.

Ramai penunjuk perasaan berhimpun sambil membawa sepanduk antara lain tertera `Perjuangkan Hak dan Kebebasan Anda’ dan `Bebaskan Australia’.

Polis menganggarkan lebih 10,000 penunjuk perasaan menyertai protes tersebut.

Katanya, tiga orang ditahan termasuk seorang lelaki yang memandu lorinya melalui sekatan jalan raya.

“Dua lagi ditahan kerana melanggar peraturan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN