Putin ucap tahniah kepada tentera yang berjuang di Ukraine - Utusan Malaysia

Putin ucap tahniah kepada tentera yang berjuang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan tentera khas yang berjuang habis-habisan di Ukraine.

“Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan operasi khas untuk membantu rakyat di republik Donbas.

“Anda semua adalah wira negara kerana berjuang habis-habisan,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Putin mengarahkan operasi ketenteraan di Ukrain bermula sejak Khamis lalu dan sehingga kini, pasukan tenteranya sudah menawan beberapa bandar di negara itu.

Media Barat dan Ukraine mendakwa tentera Rusia berdepan kesukaran untuk meneruskan kemaraan kerana ditentang hebat tentera Ukraine.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu agensi berita negara ini bahawa Rusia sudah bersedia untuk berunding dengan Ukraine.

Katanya, delegasi Rusia sudah pun tiba di bandar Gomel di Belarus untuk rundingan tersebut.

“Kami sudah bersedia berunding di Gomel,” ujarnya.

Namun, pihak berkuasa Ukraine enggan mengadakan rundingan di Belarus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN