Projek taman tema bernilai bilion pound dibatal kerana labah-labah

Projek taman tema bernilai bilion pound dibatal kerana labah-labah

PROJEK London Resort pada awalnya dirancang dibangunkan di tebing Thames di Swanscombe, Kent. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Saluran televisyen, BBC dan ITV menarik diri daripada projek taman tema, London Resort yang bernilai 3.5 bilion pound (RM19.72 bilion) berikutan penemuan spesies labah-labah kecil sepanjang satu sentimeter (cm) di United Kingdom (UK).

Lapor Daily Mail, London Resort yang juga bakal dikenali sebagai ‘Disneyland UK’ akan dibangunkan di tebing Thames di Swanscombe, Kent.

Projek taman tema itu bakal menampilkan beberapa permainan menarik yang diilhamkan aripada rancangan BBC popular seperti Doctor Who, Top Gear dan Sherlock serta saluran televisyen ITV, Thunderbirds.

Bantahan pencinta alam terhadap kesan kepada kualiti alam sekitar di taman tersebut terutamanya membabitkan spesies labah-labah unik itu, ‘membunuh’ minat kedua-dua penyiar untuk bekerjasama dalam projek berkenaan.

Spesies labah-labah terancam itu hanya ditemukan di bahagian berkenaan di UK.

London Resort seluas 465 hektar yang dikatakan bakal menjadi taman tema paling besar di Britain, kini berdepan masa depan tidak menentu susulan penarikan diri penyiar daripada projek tersebut.

Kumpulan pencinta alam, Save Swanscombe Peninsula melancarkan sebuah kempen dalam talian bagi mendesak BBC menggugurkan sokongannya dalam projek taman tema itu.

Pada November tahun lalu, taman itu yang sebelum ini merupakan kawasan perindustrian, diisytiharkan sebagai tapak kepentingan saintifik khas (SSSI) kerana kepelbagaian hidupan liar yang unik.

Menurut agensi Natural England, kawasan itu mempunyai lebih 1,700 spesies invertebrata.

Sementara itu, jurucakap BBC Studios mengesahkan syarikatnya tidak lagi terlibat dalam projek berkenaan.

Malah, penyiar ITV juga mengesahkan pihaknya tidak mempunyai perjanjian komersial dengan London Resort kerana perjanjian itu sudah berakhir. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN