BAITULMUQADDIS: Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur ketika seorang ahli Parlimen Israel melakukan lawatan di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa Zionis memaklumkan, lapan orang ditahan kerana merusuh dalam insiden tersebut.
Kejadian itu berlaku ketika wakil pakatan Religious Zionism, Itamar Ben Gvir membuka pejabat Parlimen di Sheikh Jarrah yang bertujuan membantu penduduk yahudi di situ.
Ben Gvir yang juga merupakan nasionalis Yahudi dan pernah mengeluarkan kenyataan provokasi tentang penduduk Palestin, menuduh polis gagal bertindak selepas rumah seorang penduduk Yahudi dibakar di Sheikh Jarrah.
Katanya, pejabat Parlimen itu akan dibuka sehingga polis ‘menjalankan tugas dan menjaga keselamatan penduduk Yahudi’.
Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) meneylar lawatan tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah ‘sengaja mencetuskan kekacauan’. – AFP









