Poland, Finland, Baltik bimbang jadi sasaran Rusia seterusnya - Utusan Malaysia

Poland, Finland, Baltik bimbang jadi sasaran Rusia seterusnya

MATEUSZ MORAWIECKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RENNES: Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki menzahirkan kebimbangan keungkinan Rusia menyerang negaranya, Finland atau negara Baltik.

Sehubungan itu, beliau menggesa Eropah menggandakan kos perbelanjaan untuk meningkatkan pertahanan kerana khuatir negara mereka menjadi seperti Ukraine.

“Putin mahu memperluaskan penguasaannya menerusi pencerobohan. Sebelum ini di Georgia dan sekarang di Ukraine.

“sasaran seterusnya boleh jadi negara Baltik, Poland, Finland atau negara lain,” katanya.

Poland, bekas negara anggota Soviet kini menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan berkongsi sempadan yang panjang dengan Ukraine.

Jelas Morawiecki, Eropah memerlukan pertahanan tentera yang kuat dengan benua ini perlu meningkatkan perbelanjaan daripada 300 bilion euro (RM1.4 trilion) kepada 600 bilion euro (RM2.84 trilion) setahun.

Beliau juga mencadangkan pengecualian perbelanjaan pertahanan daripada peraturan kewangan awam Kesatuan Eropah (EU) untuk membenarkan negaranya membelanjakan tiga hingga empat peratus daripada ekonominya untuk pertahanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN