Pesawat Rusia meletup ditembak tentera Ukraine di Kyiv - Utusan Malaysia

Pesawat Rusia meletup ditembak tentera Ukraine di Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pasukan tentera Ukraine menembak jatuh sebuah pesawat perang milik Rusia di Kyiv pada awal pagi ini.

Pesawat itu kemudiannya terhempas di sebuah bangunan kediaman setinggi sembilan tingkat sebelum meletup dan terbakar.

Beberapa siri letupan turut kedengaran di sekitar Kyiv dan penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anton Herashchenko memaklumkan itu adalah bunyi pasukan tentera menembak pesawat Rusia.

Perang Rusia dan Ukraine memasuki hari kedua hari ini, menyaksikan lebih 100,000 penduduk Ukraine melarikan diri dari Kyiv dan kawasan bandar lain, selain lebih 130 maut, termasuk orang awam.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berikrar untuk kekal di Kyiv biarpun bandar itu ditawan Rusia.

Sehingga kini, Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ dan pelbagai pihak ternanti-nanti tindakan yangbakal mereka lakukan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN