AHMEDABAD: Sebuah mahkamah India mengenakan hukuman mati terhadap 38 tertuduh yang didakwa terlibat dalam beberapa insiden pengeboman di bandar ini pada 2008.
Pada 8 Februari, mahkamah menyabitkan kesalahan terhadap 49 orang yang terlibat dalam serangan bom yang meragut 56 nyawa.
Kesemua tertuduh itu didakwa melancarkan bom di kawasan pasar, bus dan beberapa tempat awam di Ahmedabad.
“Daripada jumlah tersebut, 38 daripadanya dihukum mati dan 11 lagi dipenjara seumur hidup,” kata pendakwa raya awam, Amit Patel.
Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Mujahideen India mengaku bertanggungjawab melancarkan kesemua serangan tersebut.
Kumpulan itu mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai balas dendam terhadap rusuhan agama yang berlaku pada 2002 sehingga meragut 1,000 nyawa.
Penduduk Ahmedabad kebanyakannya beragama Islam. – AFP











