PBB jangka lima juta penduduk Ukraine jadi pelarian

PBB jangka lima juta penduduk Ukraine jadi pelarian

PENDUDUK Ukraine beratur di mesin ATM bagi mengeluarkan wang tunai di Kyiv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka bilangan pelarian dari Ukraine akan mencecah lima juta orang, susulan sumber minyak, wang tunai dan bekalan perubatan semakin berkurangan akibat pencerobohan Rusia. 

Jurucakap agensi itu, Shabia Mantoo berkata, sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Ukraine kehilangan tempat tinggal sejak Rusia melancarkan serangan Khamis lalu. 

Katanya, ribuan penduduk berusaha mendapatkan perlindungan ke Moldova, Romania dan Poland. 

“Sebagai contoh, kami menganggarkan seramai satu hingga tiga juta pelarian akan memasuki Poland. Itu adalah senario bagi satu hingga lima juta orang termasuk di semua negara sekeliling Ukraine,” katanya. 

Jumaat lalu, serangan peluru berpandu oleh tentera Rusia menyasarkan ibu negara Ukraine di Kyiv, sehingga menyebabkan tiga juta penduduk terpaksa mencari perlindungan di stesen kereta api bawah tanah. 

Sementara itu, Pengarah Serantau Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UNICEF) bagi Eropah dan Asia Tengah, Afshan Khan berkata, serangan itu merupakan detik yang menakutkan bagi kanak-kanak di seluruh negara. 

“Serangan itu menimbulkan ketakutan dan panik dalam kalangan penduduk sehingga menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri bersama ahli keluarga ke bawah tanah dan tempat perlindungan.

“Kami cuba melihat infrastruktur awam di Ukraine yang terjejas,” katanya. 

Menurut Afshan, UNICEF memberikan tumpuan terhadap bantuan tunai kepada ahli keluarga mangsa yang terjejas. 

Disebabkan Barat mengenakan sekatan terhadap Rusia, pihaknya akan mengenal pasti saluran bantuan kepada pelarian tersebut.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN