Palang Merah Singapura sumbang RM420,000 bantu rakyat Ukraine

Palang Merah Singapura sumbang RM420,000 bantu rakyat Ukraine

PETUGAS kecemasan membantu seorang lelaki yang tercedera selepas bandar Chuhuiv di timur Ukraine diserang bom tentera Rusia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Palang Merah Singapura akan menyumbangkan AS$100,000 (RM420,000) bagi membantu melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan terjejas di Ukraine, selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran, semalam.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Channel News Asia, bantuan tersebut diberikan dalam bentuk kit kebersihan, kit keluarga dan kit isi rumah bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik tersebut.

Setiausaha Agung Palang Merah Singapura, Benjamin William berkata, bantuan kemanusiaan itu akan disalurkan berterusan ketika keteangan semakin meningkat.

Jelasnya, seramai tiga juta penduduk Ukraine terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan dan 850,000 yang lain kehilangan tempat tinggal.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus adalah golongan warga emas,” katanya.

Benjamin berkata, pihaknya bekerja rapat dengan Palang Merah Ukraine dan Kesatuan Palang Merah Antarabangsa untuk memastikan keperluan di lapangan dan bertindak balas dengan cara bersesuaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN