Omicron 'serang' Asia, banyak negara rekod lonjakan kes dan kematian - Utusan Malaysia

Omicron ‘serang’ Asia, banyak negara rekod lonjakan kes dan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron kini mula mengancam 20 negara di Asia, menyaksikan kes jangkitan dan kematian melonjak.

Pensyarah Universiti Chulalongkorn, Thira Woratanarat berkata, sebanyak 90.11 peratus kes jangkitan baharu dan 80.64 peratus kematian di Asia, Eropah dan Amerika Utara disebabkan oleh varian Omicron.

Katanya, di Eropah sahaja, Omicron menyumbang 52.43 peratus kes jangkitan baharu dan 29.43 peratus kematian.

“Biarpun Omicron mula reda dibanyak tempat, varian itu mula mengancam Amerika Selatan, Ocenia dan Asia.

“Sebanyak 20 negara Asia termasuk Thailand merekodkan lonjakan kes akibat Omicron dan kematian,” katanya seperti yang dilapor Nation Thailand.

Selain Thailand, Malaysia dan Indonesia turut mencatatkan peningkatan kes mendadak.

Dalamm pada itu, Thira menegaskan, pandangan Omicron tidak berhaya seperti Delta perlu dibuang jauh kerana persepsi itu menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa.

Jelas beliau, apa jua varian Covid-19 tetap beri kesan dalam kehidupan masyarakat.

“Oleh hal yang demikian, jangan kita ambil remeh terhadap sesuatu varian itu,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya